Komputer, Internet dan Hiburan

Friday, May 19, 2006

Hanya 'Handphone' Pinjam..


Inilah handphone yang aku guna la. Moto E398. Sebenaqnya, hp nie bukan aku punya pun, bini aku yang punya. Hp aku terjatuh lebih kurang sebulan lepas, masa aku tengah cuci mata kat Summit, Bukit Mertajam. Walaupun hp aku yg terjatuh tue model lama, tapi aku sayyaang sangat tau. Ya la, dah berapa banyak kenangan aku bersama hp tue..dah tak ada rezeki nak buat macam mana kan..

Hp bini aku yang aku tengah pakai la sebenaqnya aku yang hadiahkan untuk dia..erm, masa tue birthday dia ke 2+ kut. E398 nie, aku beli secondhand ja. Member aku jual RM500. Murah tue kalau berbanding harga set baru hp tue. Seingat aku la kan, dia pakai hp nie dalam +- sebulan ja, kemudian nak tukaq hp lain pulak. Kalau tak silap, Samsung SGH-D500C kut.

Aku ingat, malam nie aku nak pi round pasar malam sat. Nak pi cari pouchbag baru. Pouchbag yang aku pakai la nie, dah rosak. Aku tak mau pisang berbuah dua kali. Hilang barang lagi sekali sapa nak ganti..mana nak cari..

|

Links to this post:

Create a Link

<< Home