Komputer, Internet dan Hiburan

Friday, May 19, 2006

Motorola E398 Review Oleh kulimBoy

Zaman sekarang nie, sapa yang tak kenai benda kecik yang namanya handphone. Betui dak kawan-kawan? Yang baru dok merangkak pun dah pandai main handphone walaupun dia tak tau apa lagi. Sudah! Aku nak cerita pasai handset motorola E398 aku. Handset nie kira canggih jugakla berbanding dengan handset motorola bata yang aku pakai dulu. Model pun aku tak ingat dah.

Spesifikasi handset nie tak la canggih sangat berbanding sekarang nie. Dulu time aku mula-mula beli dulu best la. Handset nie ada 65 ribu warna, MMS, Mp3 player, boleh play 3gp dgn mp4 player, ada camera VGA(640x480), Games java, Speaker stereo yang sempoi jugak bunyinya, email dengan Blue gigi(Bluetooth). Banyak lagi handset nie boleh buat. Nak tau lebih lanjut, hampa click dekat sini.

Hanya 'Handphone' Pinjam..


Inilah handphone yang aku guna la. Moto E398. Sebenaqnya, hp nie bukan aku punya pun, bini aku yang punya. Hp aku terjatuh lebih kurang sebulan lepas, masa aku tengah cuci mata kat Summit, Bukit Mertajam. Walaupun hp aku yg terjatuh tue model lama, tapi aku sayyaang sangat tau. Ya la, dah berapa banyak kenangan aku bersama hp tue..dah tak ada rezeki nak buat macam mana kan..

Hp bini aku yang aku tengah pakai la sebenaqnya aku yang hadiahkan untuk dia..erm, masa tue birthday dia ke 2+ kut. E398 nie, aku beli secondhand ja. Member aku jual RM500. Murah tue kalau berbanding harga set baru hp tue. Seingat aku la kan, dia pakai hp nie dalam +- sebulan ja, kemudian nak tukaq hp lain pulak. Kalau tak silap, Samsung SGH-D500C kut.

Aku ingat, malam nie aku nak pi round pasar malam sat. Nak pi cari pouchbag baru. Pouchbag yang aku pakai la nie, dah rosak. Aku tak mau pisang berbuah dua kali. Hilang barang lagi sekali sapa nak ganti..mana nak cari..

Lagi-Lagi 'Annual Leave'

Hello semua. Hari nie aku patut pi keja tapi aku tak pi. Annual leave la..apa lagi. Mak dgn pak mentua aku mai rumah daa. Mai melawat bini aku yang tgh mengandung 20+ minggu. Depa mai pun dah tengah malam, stok lauk apa pun tak dak, jadi aku pun kena la ambik cuti esoknya. Takkan aku nak biaq depa lapar kot esok..

Thursday, May 18, 2006

BlogKu Yang 'First'

Hai.. selamat berkenalan semua. Inilah web blog ku. Rasanya semua pun dah tahu apa itu blog. Aku adalah seorang warga negara Malaysia yang patuh kepada rukun negara yang 5. Sejak dilahirkan, aku dibesarkan dan menetap di Kulim, Kedah. Bekerja juga di Kulim. Walaupun aku mempunyai diploma dalam bidang 'Sistem Maklumat Geografi' atau GIS tapi kerja aku sekarang tidak berkaitan dengan apa yang telah aku belajar dulu.. Sebab apa?.. Tak dak majikan nak ambik orang yang belajaq kursus nie. Tapi tak mengapa. Kerja lain berlambak lagi.

Ok la no. Cukuplah sebagai pengenalan. Esok jumpa lagi . Selamat berkenalan sekali lagi..masa untuk tidur..