Komputer, Internet dan Hiburan

Saturday, July 22, 2006

Akses Komputer Di Rumah Dengan Mana-Mana Komputer Lain


Sesetengah orang mesti tertanya-tanya, adakah cara untuk akses komputer dirumah dengan menggunakan mana-mana komputer lain didunia? Jawapannya ada. Hampa mesti menggunakan program yang khas. Program ini penting kepada ahli perniagaan yang sentiasa outstation tetapi sayang nak tinggalkan komputer dirumah dan juga kepada sapa-sapa yang yang selalu menggunakan komputer tetapi selalu outstation. Ada banyak program yang boleh buat macam nie tetapi yang popular ialah gotomypc.com dari Citrix Online dan pcAnywhere dari Symantec Corporation. Kedua-duanya merupakan peraju dalam program remote access.

Perbandingan diantara GoToMyPc dan pcAnywhere:-


GoToMyPC® pcAnywhere™
Installation Software is installed on host PC only, enabling Web-based remote access from anywhere Software must be installed on both the client and host PC, limiting usage to those two computers
Security 1. Preconfigured for maximum security (AES 128-bit end-to-end encryption) for easy installation by anyone

2. Works with most firewalls
1. Complex security options must be configured by technical administrators

2. Must bypass the firewall, compromising firewall integrity
Wireless Access Remote access available from Pocket PC wireless devices No remote access from wireless devices available
Ease of Use 1. Intuitive for the novice user

2. One-time automatic 2-minute setup
1. Complicated to use

2. Lengthy setup process
Support Free, unlimited, live technical support pcAnywhere™ charges $29.95 per call
Upgrades Unlimited upgrades for life Each upgrade involves additional costs

Daripada perbandingan di atas, pada pandangan aku la, GoToMyPc dari bagus dari pcAnywhere sebab gotomypc lebih murah dan lebih senang untuk di set iaitu cuma mengambil masa selama 2 minit.



Golongan orang yang patut menggunakan program remote access:-

  • Teleworkers: Bekerja menggunkan komputer dirumah dengan hanya menggunkan talian internet.
  • Pelancong: Akses dan menggunkan komputer dan fail dirumah dari hotel, lapangan terbang, cyber cafe dan juga dimana-mana saja asalkan ada talian internet.
  • Akses pc pejabat selepas waktu bekerja: Menggunakan email, komputer dan lain-lain benda yang berkaitan dengan pejabat walaupun selepas waktu bekerja.
  • Systems Administration: Akses secara remote dan menguruskan banyak pc dari mana-mana sahaja.
Jadi, kalau nak try program ini, bolehlah download free limited version dari gotomypc dan boleh mencuba akses komputer di rumah hampa dengan mana-mana komputer lain dengan perlu ada talian internet.

Wednesday, July 05, 2006

Identiti Sebenar Datuk K


Siapakah Datuk K? Indentiti Sebenar Datuk K? Itulah soalan yang sering ditanya oleh peminat Siti Nurhaliza. Akupun tertanya-tanya jugak. Siapa dia tu? Datuk yang bercucu ke yang berduit? Hensem macam aku tak? Nak tau lebih lanjut, tentang Datuk K? Pi dekat link nie kalau nak tau.

Identiti Datuk K

Sunday, July 02, 2006

Senarai Laman Web 2.0

Hampa nak tau senarai laman web generasi kedua ataupun web 2.0? Di bawah nie aku senaraikan top web 2.0 saja.. Senarainya seperti dibawah:-

Category: Social Bookmarking





Category: Web 2.0 Start Pages

netvibes


Category: Online To Do Lists






Category: Peer Production News



Category: Image Storage and Sharing





Category: 3rd Party Online File Storage





Category: Blog Filters






Category: Grassroots Use of Web 2.0



Category: Web-Based Word Processing






Category: Online Calendars


Category: Project Management & Team Collaboration


Perhhh.. RSi jari aku dok upload gambar nie. Untuk keterangan lebih lanjut dan senarai laman web 2.0 yang lebih banyak, lawatilah lawan web nie, best web 2.0, complete list 2.0 dan everything 2.0. Tetapi laman web nie mat salleh la. Apapun adios..

Saturday, July 01, 2006

Gambar Ikan Keli Terbesar Dunia?

Hampa nak tengok gambaq ikan keli yang terbesar dunia? Sebenarnya aku pun tak pasti la gambar ikan keli yang dekat ni paling besar didunia ke tidak tapi ikan keli nie la yang terbesaq aku pernah tengok. Lokasinya tidak diketahui mungkin sebab untuk mengelakkan kaki pancing memancing ikan keli dekat situ pulak. Ni ha gambarnya.











Gambar ikan keli besar nie aku dapat dari cari.com.my punya blog. Apapun percayalah.. Nie ikan keli betul.. rasa aku la..

Saturday, June 24, 2006

Download Youtube video dalam harddisk

Sebelum nie aku ada post video dalam blog aku daripada youtube. Tapi kalau hampa nak tau, ada cara nak tengok video youtube tanpa perlu masuk website youtube pun. Caranya dengan hampa simpan atau download terus video youtube dalam harddisk hampa.

Caranya mudah sekali, mula-mula hampa masuk website nih, http://video.qooqle.jp/dl/. Website tu macam dekat sebelah nie, dekat video url la hampa kena bubuh url video youtube yang nak download tu. Kalau tak nampak, click untuk perbesar imej dekat atas ini. Url video youtube adalah url dekat website youtube yakni url yang dekat address bar masa hampa tengok sesuatu video dalam youtube. Copy address youtube dan kemudian paste dekat text box video url dalam YouTube Downloader. Dalam 1 saat, akan keluar Get Download URL. Click dekat situ dan url yang keluar tu adalah url yang dicari-cari. Copy url tu dan paste la dalam mana-mana download manager yang hampa suka seperti Flashget. Rename file get_video kepada apa-apa yang hampa suka tetapi hampa mesti bubuh extension flv dekat hujung filename video tu. Contoh carwreck.flv . Untuk play file flv ini hampa mesti ada flv player yang boleh dapat daripada download.com. Try search flv player dalam download.com dan download program yang hampa suka.

Line clear, aku dah ajaq hampa cara mudah nak download video youtube dalam hardisk jadi kalau nak tau cerita terbaru dari aku, subcribe la blog aku nie. Adios...

Sunday, June 18, 2006

Membina website tanpa pengetahuan html


Sekarang ini, kebanyakkan orang teringin nak buat website. Website yang ingin dibina itu mungkin untuk tujuan peribadi, adsense, buat duit, company, dan lain-lain. Masalahnya sekarang, macamana nak buat website sedangkan mereka ini tak reti html..

Jawapannya, hampa masuklah SiteKreator, sebuah laman web yang lengkap dan cara yang paling senang untuk membina dan maintain sebuah website 2.0 samada tujuan bisnes atau personal. Yang sempoinya, sitekreator nie langsung tiada menggunakan kepakaran dalam HTML, JS, CSS, FTP atau graphic design. Bak kata, sitekreator ini adalah paling sesuai untuk orang yang tak tau langsung pasal web design. Dalam sitekreator, hampa akan diberikan 10 mb ruang untuk hampa buat website. Hampa boleh masukkan gambar, galeri foto, text, forum, blog, mailing list, form seperti feedback form ataupun apa-apa form yang hampa nak buat. Hampa juga boleh setkan pages website kepada member only area maksudnya member saja boleh masuk sesetengah pages yang hampa buat.

Hampa tak perlu download apa-apa untuk buat website di sitekreator sebab hampa boleh guna apa-apa browser yang ada dalam pc hampa seperti firefox, internet explorer dan lain-lain. Template yang diberi juga adalah profesional template.. Untuk free version, hampa akan diberi ruang sebanyak 10mb. Kalau nak contoh website yang dibina menggunakan sitekretor, masuk link ini. Aku yang buat sendiri contoh website nie, jadi tak la aku buat elok-elok sangat.

Ok,.. aku dah penat taip dah nie.. Kalau ada apa-apa nak tanya, komen la dekat bawah nie.
Adios......


Saturday, June 17, 2006

Pesta Pekerjaan Pulau Pinang 17-18 Jun 2006

Kepada sesiapa yang masih menjual anggur lagi(mengangur) bolehlah datang secara beramai-ramai ke Pesta Pekerjaan Pulau Pinang yang start dari 17 Jun dan habih pada 18 Jun 2006. Bermula dari pukul 10 pagi hingga 7 malam.

Yang masih bekerja pun boleh jugak mai untuk apply kerja lain. Mungkin dah boring kerja sekarang nie, jadi hampa apply kerja lain. Banyak kilang dan company offer kerja dekat situ.. Rugi mampuih kalau hampa tak mai. Aku pun pi jugak sat lagi.. Bawak adik dan isteri aku mintak keja.

Datang jangan tak datang.. Adioss..... Lupa pulak. Tempatnya adalah di Dome, Komtar, Pulau Pinang. Dome tu tingkat 5.. wokey.. Jangan lupa bawak resume dan pen..

Tuesday, June 13, 2006

Cara mudah nak masukkan Video Youtube dalam blogspot

Mungkin ramai dah tahu cara nie.. tapi aku nak bagitau jugak sebab ada jugak orang yang tak tau macammana nak buat. Ok mula pilih mana-mana video yang hampa berkenan..Lepas tu tengok dekat bawah video tue ada link nama Blog Video. Click saja dekat situ. Tapi hampa kena la register dulu dengan Youtube baru boleh guna kemudahan ini. Bila dah click dekat Blog This, dia akan naik window suruh setup blog hampa. Pilih saja blogger dan lepas tu masukkan username dan password blogspot dan bukannya username youtube. Ingat tue.. Habih cerita.. Senang gila kan? Mudah dan cepat..

Video Budak Korea Terlawak Dunia - Original Video

Ramai orang dok tanya aku penyanyi asal dan title lagu yang dua budak Korea tue nyanyi. Cari punya cari aku jumpa jugak.. Nama penyanyi asalnya ialah Yoo Cae Young dan lagunya bertajuk Emotion. Video klip asalnya ada dekat bawah nie. Hampa tengok la video nie dan lepas tu compare mana lebih best. Yang original ka ataupun yang lawak punya. Kalau aku la, aku suka yang lawak punya.

Video Budak Korea Terlawak Dunia

Video nie aku jumpa dalam Youtube. Bagi aku video nie memang lawak gila la. Sampai berpuluh-puluh kali aku tengok. Alkisahnya dua budak perempuan korea nie dalam karaoke box try nak ikut video clip asal satu lagu di Korea. Macam show rancangan tv mereka la. Untuk pengetahuan hampa, video nie ditengok orang satu dunia lebih 3 juta kali dah. Kira top ranking dalam Youtube jugak la. Tengok, jangan tak tengok. Rugi mampuih kalau hampa tak tengok.. Blah duluuuu........


Jomstudy Versi English

Untuk pengetahuan hampa, website nie ada kembar dia. Kembar dia dalam bahasa Mat SAlleh. Hampa boleh tengok dekat sinie. Dalam website nie aku dok buat duit. Guna Google Adsense. Hampa tau apa tu Google Adsense nie. Nanti aku bagitau. La nie tak dak masa lagi. Kalau rajin, masuk-masuk la website mat salleh aku. Ada benda-benda best dekat situ. Lagi satu, jangan la segan nak komen dekat website aku nie. Nak komen, komen teruih. Kalau nak update terbaru, feed saja website aku nie. Kan senang.. Caloooooo

Monday, June 12, 2006

Version Baru Firefox 1.5.0.4 Baiki Security Isu

Baru-baru ini Mozilla telah keluar version baru Firefox 1.5.0.4. Dalam version ini banyak security issue dah mereka perbaiki. Kalau nak dikirakan dengan version sebelumnya 1.5.0.3, banyak betul yang Mozilla repair. Apa benda yang Mozilla repair seperti dibawah.:-
MFSA 2006-43 Privilege escalation using addSelectionListener
MFSA 2006-42 Web site XSS using BOM on UTF-8 pages
MFSA 2006-41 File stealing by changing input type (variant)
MFSA 2006-39 “View Image” local resource linking (Windows)
MFSA 2006-38 Buffer overflow in crypto.signText()
MFSA 2006-37 Remote compromise via content-defined setter on object prototypes
MFSA 2006-36 PLUGINSPAGE privileged JavaScript execution 2
MFSA 2006-35 Privilege escalation through XUL persist
MFSA 2006-34 XSS viewing javascript: frames or images from context menu
MFSA 2006-33 HTTP response smuggling
MFSA 2006-32 Fixes for crashes with potential memory corruption
MFSA 2006-31 EvalInSandbox escape (Proxy Autoconfig, Greasemonkey)

Apa benda Mozilla repair, aku pun tak tau tapi kalau hampa nak selamat, update Firefox cepat. Cara dia senang saja, bagi yang dah guna Firefox, pergi dekat auto update tab dalam browser Firefox ataupun download saja dekat Mozilla.com. Habih cerita. Pesan aku, jangan guna Internet Explorer. Nanti virus dengan spyware senang masuk. Wokey.. CAloo dulu

Tuesday, May 30, 2006

Cara Cepat, mudah dan free untuk surf internet secara haram

Secara haram? Sebenarnya bukan haram. Perkataan mat salleh dia adalah ' anonymous'. Bila-bila kita main internet, kita akan tinggalkan satu benda yang di panggil IP. Tau dak apa dia IP? Ni dia maknanya dalam mat salleh.


An IP address (Internet Protocol address) is a unique number that devices use in order to identify and communicate with each other on a computer network utilizing the Internet Protocol standard (IP). Any participating network device — including routers, computers, time-servers, printers, internet fax machines, and some telephones — must have its own unique address.

Melalui Ip webmaster boleh tau mana kita berada, apa windows yang kita gunakan, browser apa kita guna, pukul berapa kita masuk websaite dan banyak lagi. Webmaster selalu guna IP ini untuk track pengguna website mereka. Bukan webmaster saja, hacker pun guna IP untuk ceroboh masuk PC kita.

Jadi, kalau hampa nak selamat surf dalam internet, hampa kena tipu website depa. Banyak cara ada dalam internet tapi yang aku rekemen hampa pi dekat website ini. Cepat, mudah dan yang paling penting ianya free. Ya la, kita semua kan suka benda-benda free ni. Kalau hampa ada nak tambah kot atas, sila la komen kat bawah nie.

Friday, May 19, 2006

Motorola E398 Review Oleh kulimBoy

Zaman sekarang nie, sapa yang tak kenai benda kecik yang namanya handphone. Betui dak kawan-kawan? Yang baru dok merangkak pun dah pandai main handphone walaupun dia tak tau apa lagi. Sudah! Aku nak cerita pasai handset motorola E398 aku. Handset nie kira canggih jugakla berbanding dengan handset motorola bata yang aku pakai dulu. Model pun aku tak ingat dah.

Spesifikasi handset nie tak la canggih sangat berbanding sekarang nie. Dulu time aku mula-mula beli dulu best la. Handset nie ada 65 ribu warna, MMS, Mp3 player, boleh play 3gp dgn mp4 player, ada camera VGA(640x480), Games java, Speaker stereo yang sempoi jugak bunyinya, email dengan Blue gigi(Bluetooth). Banyak lagi handset nie boleh buat. Nak tau lebih lanjut, hampa click dekat sini.

Hanya 'Handphone' Pinjam..


Inilah handphone yang aku guna la. Moto E398. Sebenaqnya, hp nie bukan aku punya pun, bini aku yang punya. Hp aku terjatuh lebih kurang sebulan lepas, masa aku tengah cuci mata kat Summit, Bukit Mertajam. Walaupun hp aku yg terjatuh tue model lama, tapi aku sayyaang sangat tau. Ya la, dah berapa banyak kenangan aku bersama hp tue..dah tak ada rezeki nak buat macam mana kan..

Hp bini aku yang aku tengah pakai la sebenaqnya aku yang hadiahkan untuk dia..erm, masa tue birthday dia ke 2+ kut. E398 nie, aku beli secondhand ja. Member aku jual RM500. Murah tue kalau berbanding harga set baru hp tue. Seingat aku la kan, dia pakai hp nie dalam +- sebulan ja, kemudian nak tukaq hp lain pulak. Kalau tak silap, Samsung SGH-D500C kut.

Aku ingat, malam nie aku nak pi round pasar malam sat. Nak pi cari pouchbag baru. Pouchbag yang aku pakai la nie, dah rosak. Aku tak mau pisang berbuah dua kali. Hilang barang lagi sekali sapa nak ganti..mana nak cari..